KARANGAN NARATIF
Tulis sebuah cerita mengenai satu peristiwa di mana seseorang itu menjadi insaf hanya selepas kehilangan sesuatu atau seseorang.
(HKSS/EOY2012/2EX/P1/soalan5)
(HKSS/EOY2012/2EX/P1/soalan5)
Alia duduk termenung di bilik ibu bapanya. Dia tidak sangka bahawa dia kehilangan kedua-dua orang yang teramat dia sayangi akibat kedegilannya. Air mata mengalir dan membasahi pipinya. Dia tidak akan memaafkan dirinya atas kesalahan ini. Dia tahu perbuatan bodohnya itu telah mengakibatkan ibu bapanya meninggal dunia. Dia masih boleh ingat kejadian pahit itu dengan jelas.
“Alia, janganlah begini. Kerja kamu itu tidak baik. Berhentilah dan cari pekerjaan yang lain. Ibu tidak suka melihat anak kesayangan ibu berpakaian ketat dan terdedah di hadapan orang lain. Dengarlah kata-kata ibu” kata ibunya, Puan Maria.
“Ish! Ibu ini, diam lah. Suka hati sayalah saya hendak kerja di mana dan berpakaian macam mana. Ibu buat kerja ibu sendiri dan jangan sibuk tentang hal orang, ketepi lah”, kata Alia dengan marah sambil menolak ibunya dan menuju ke luar rumah untuk pergi ke kerja.
Alia pun menghempas pintu rumahnya dan berjalan dengan marah ke arah lif. Dia asyik memikirkan tentang apa yang ibunya kata tadi tetapi dia mengambil keputusan untuk menolak pemikiran itu ke tepi dan fokus dengan kerjanya.
Puan Maria sedang menangis kecewa dengan perangai anaknya itu apabila suaminya pulang. Dia tidak sangka bahawa anaknya boleh berkelakuan begitu terhadapnya. Suaminya terkejut dan hairan mengapa isterinya menangis.
Suaminya, Encik Borhan pun bertanya isterinya mengapa dia sedang dalam kesedihan. Isterinya pun memberitahunya apa yang telah berlaku tadi. Setelah mendengar cerita isterinya, Encik Borhan menjadi amat marah. Dia menyuruh isterinya bersiap-siap dan memberitahunya bahawa mereka akan pergi dan membawa Alia pulang.
Sejam sudah berlalu, Puan Maria dan Encik Borhan akhirnya berjumpa tempat kerja anaknya. Puan Maria terkejut dengan apa yang dilihatnya. Ramai perempuan yang berpakaian terdedah sedang berdiri dengan lelaki-lelaki yang kelihatan mabuk.
Pada waktu itulah Encik Borhan dengan marah menuju ke arah anaknya yang sedang berpelukan dengan seorang lelaki yang kelihatan lebih tua darinya.
Alia terkejut apabila dia ternampak bapanya sedang berdiri di hadapannya dan kelihatan sungguh marah. Encik Borhan terus mengambil tangan Alia dan menariknya ke kereta dan menyuruhnya masuk supaya mereka boleh pulang ke rumah.
Akibat perasaan malu, Alia melarikan diri daripada ibu bapanya. Puan Maria dan Encik Borhan terkejut akan gelagat anaknya dan mula mengejarnya.
Tiba-tiba, kedengaran bunyi lori terlanggar sesuatu dan Alia menoleh ke belakang untu melihat apa yang terjadi. Dia amat terkejut apabila dia ternampak hanya dua pasang kaki yang terbaring di bawah lori tersebut. Dengan segera dia menyuruh pemandu lori itu kebelakang supaya dia boleh melihat siapa yang dilanggar.
Seminit kemudian, Alia menagis teresak-esak. Ibu bapanya adalah mangsa tersebut. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan dan hanya duduk di antara ibu banyanya sambil menangis serta meminta maaf kepada mereka.
Setengah jam berlalu dan ibu bapa Alia sudah dibawa ke hospital. Mereka disahkan meninggal di tempat kejadian tersebut.
Semasa pengebumian Puan Maria dan Encik Borhan, ramai saudara-mara datang dan memberikan kata-kata takziah kepada Alia. Alia juga berjanji bahawa dia akan menukar perangainya dan insaf.

oleh NURLIYANA BARIZAH BTE NOR AZLAN (2C/2012)