KELUARGAKU SAYANG (BAB 3)
oleh NURUL AQIDAH BTE RAMSANI
Beberapa hari telah berlalu. Aku terpaksa pulang ke tanah air dan kembali ke sekolah. Sepanjang perjalananku ke sekolah, tiada seorang temanku yang menyapaku. “Kenapalah dunia ni jahat sangat...” aku berbisik. Aku berbuat bodoh dan terus berjalan. Semasa bercuti ke London, aku teringat segala cerita yang telah terjadi di sekolah. Abang berjanji akan membantuku menangkap orang yang telah membusukkan namaku dan kakak telah berjanji untuk membantuku sebaik mana beliau boleh. Ayah pula, ayah telah membantu banyak untuk mengubah sikapku. Aku tiba di sekolah beberapa minit kemudian. Semua mata melihat ke arahku. Mereka mula berbisik.
“Dahlah ponteng sekolah, buat nama sekolah buruk pula tu. Berani dia pijak kaki masuk ke sekolah.”
“Setakat muka lawa, perangai, lagi teruk.”
Aku ingin menangis pada saat itu juga. Tiba-tiba aku sedar, tiada gunanya jika aku menangis. Aku terus bersabar dan berjalan masuk ke kelas. Tiba di kelas, aku mencari mejaku. Alangkah terperanjatnya diriku apabila melihat tulisan yang tidak senonoh di meja. Hatiku patah seribu buat sementara waktu. Tanpa kusedari, Fatin telah masuk ke kelas. Dia menarik kerusiku, menolak mejaku dan diriku. Aku jatuh. Aku sudah tidak boleh menahan lalu air mata terus mengalir di mukaku. Dia mula menghinaku.
“Budak tidak sedar diri! Dah buat malu sekolah, masih berani pijak kaki di sini. Pergi berambus sanalah!” Teman sekelas mula mengetawakan aku. Aku bangun dan berlari masuk ke tandas. Aku terlanggar seseorang. Aku tidak mampu untuk berkata apa-apa. “Adik nak pergi mana?” Aku memandang ke atas dan melihat abangku senyum. Abang sedang memegang beberapa keping gambar. “Kenal siapa perempuan ni?” abang bertanya.
Aku terperanjat. “Jadi, perempuan yang ada di gambar ni sebenarnya ialah Fatin?” Abang mula memekik seperti sekolah itu ialah rumahnya. “Eh! Siapa budak Fatin ni ah?!”
Fatin pula baru sahaja keluar dari kelas, mencari aku. “Eh! Lissa mana? Aku nak pukul-pukul dia!” Dia memekik dengan penuh kemarahan seperti aku pernah melakukan sesuatu pada dirinya. Abang terdengar dan pusing. Mata abang buka besar. “Eh, lelaki mana pula kau bawa masuk sekolah ni, Lissa?” dia bersenyum. Abang menjadi lebih marah. “Lelaki apa? Aku abang dia. Ada masalah?” Abang terus mencampak gambar-gambar yang digenggamnya itu ke arah Fatin. “Kalau benci sangat dengan adik aku, tak payah buat sebegini ah,” abang memberitahunya.
Kakak dan ayah mula berjalan di belakang. Polis berjalan bersama dengan mereka. “Cik Fatin? Anda ditangkap kerana telah mengambil dadah dan menuduh orang yang tidak bersalah.” Fatin ingin melarikan diri. Namun, polis dapat menangkapnya. Teman-teman mula bertepuk tangan. Aku berlari ke arah kakak dan ayah lalu memeluk mereka. “Abang tak peluk ah?” abangku membuat kelakar. Aku pun memeluk abang.
Aku sedari. Walaupun seseorang yang amat disayangi telah meninggalkan bumi ini, aku tidak boleh berputus asa dan terus bangkit dan mencapai cita-citaku. Aku telah kehilangan seorang ibu dua minggu lepas. Aku takut untuk memberitahu sesiapa mengenai masalahku tetapi setelah dipujuk oleh keluargaku, aku sedar bahawa selama ini aku tidak mempercayai kakak dan abangku sendiri. Itu adalah kesilapan terbesar yang pernahku lakukan selama 17 tahun aku bernafas di dunia. Dunia ini kejam. Teman-teman datang dan pergi tetapi keluarga yang amat disayangi tidak akan dapat dipisahkan oleh sesiapa. Jika mereka berubah sikap mereka, seseorang di keluarga akan menyedar dan mencuba sedaya upaya untuk mengubah orang itu kembali ke insan yang mulia. Aku amat menyayangi keluargaku. Cubit peha kanan, peha kiri akan terasa. Itulah yang dinamskan keluarga.
“Lissa akan terus bersolat dan berdoa untuk ibu ya?” aku berbisik. Aku masih memeluk keluargaku. “Sudahlah tu Lissa. Lepaskan ayah. Lissa harus pergi sekolah, ayah harus pergi kerja. Jom! Kakak, abang! Kita tinggalkan Lissa di sini. Nanti ayah jemput Lissa tau. Selamat tinggal!” Aku tersenyum lalu melambaikan tanganku.